Berita UtamaUtama

Asmuni aibkan umat Islam nak beramal ‘Halalan Toyyiban’

Exco Perak patut tahu Jabatan Mufti tak berada bawah pengaruh politik

BANGI 24 Safar 1441H, Rabu – Exco Agama Kerajaan Negeri Perak, Asmuni Awi tidak matang apabila mengaitkan kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) sebagai kempen politik, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.

Kesal dengan dakwaan itu, beliau beranggapan Asmuni telah mengaibkan umat Islam untuk beramal dengan perintah ‘Halalan Toyyiban’.

Beliau berkata, tindakan dan reaksi Exco Perak terhadap kempen itu adalah suatu penghinaan dan kejian serta merendahkan kedudukan Jabatan Mufti yang bergerak secara terus di bawah seliaan Sultan Perak.

“Sebagai umat Islam beliau perlu meletakkan Islam sebagai satu matlamat jelas. (Begitu juga) Jabatan Mufti (perlu beliau sedari) bergerak terus di bawah seliaan Tuanku Sultan.

“Jabatan ini tidak berada di bawah penguasaan politik. Exco Agama cuma ditugaskan sebagai Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan,” katanya seperti dilapor Harakah Daily.

Terdahulu, Asmuni melarang BMF dijalankan di masjid seluruh Perak dan menuduh kempen tersebut mempunyai tujuan politik.

Asmuni berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang dilaksanakan kerajaan dan penganjuran BMF dilaksanakan bukan untuk kepentingan umum.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menyifatkan Pengerusi Parti Amanah (PAN) Perak itu tergesa-gesa dan tidak mustahil akan membuat ‘pusingan-U’ kelak.

“PAS Perak bersama menyokong penuh tindakan Jabatan Mufti untuk menyokong dan menjalankan kempen BMF ini demi menjana ekonomi umat Islam secara lebih drastik dan berkesan,” katanya.

Kempen BMF dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata sejak April lalu sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close