Berita UtamaKolumnisPendapatUtama

Tinggalkan DAP segera!

DAP ibarat harimau kelaparan, baham apa saja di hadapan

SEJAK memenangi PRU14 lepas, DAP kelihatan begitu ghairah mengambil semua peluang yang ada. DAP ibarat seekor harimau yang kelaparan membaham apa saja yang lalu di hadapannya.

Keghairahan ini semakin hari semakin ketara sehingga rakan parti gabungan sendiri pun mahu dibahamnya. Setiap kali mereka membuat kenyataan dan tindakan ada saja yang menyentuh orang Melayu, Perlembagaan, raja-raja atau perundangan negara.

Tindakan mereka ini menimbulkan kemarahan dan kegelisahan ramai pihak termasuk rakan gabungan parti politik PH. Ketidaksabaran mereka meratah habuan yang terhidang menyebabkan pimpinan mereka adakala terkapai-kapai untuk mencipta alasan demi menyelamatkan diri.

Saya yakin rakyat sama ada orang Melayu mahupun orang Cina sendiri sudah mula muak dan mual dengan kerakusan DAP.

Perdana Menteri sendiri tidak terlepas menjadi sasaran DAP, apa yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tindakan ‘tikam belakang’.

Hubungan kaum bukan saja semakin meruncing malah semakin berbahaya. Baru-baru ini, apabila mereka bertindak mengedarkan buku doktrin ideologi mereka ke sekolah-sekolah. Ini sangat berbahaya untuk masa depan negara.

Persoalannya, siapa di belakang mereka? Adakah mereka bertindak sendiri atau ada perancang lain? Saya pasti strategi mereka ini hanya memakan diri sendiri.

Kepada orang-orang Melayu yang duduk di dalam atau ‘bersama’ DAP, anda harus berfikir dan merenung sejenak, apakah anda mahu terus dipergunakan? Sampai bila anda harus menjadi jurucakap bagi DAP?

Percayalah mereka hanya sekadar menjadikan anda pelindung kepada kejelekan tindakan mereka.

Jadi sudah tiba masanya untuk meninggalkan DAP segera.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi UMMAH / Presiden ISMA
22 Oktober 2019

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close