Berita UtamaDuniaUtama

157 maut protes di Iraq

Tentera guna kekerasan punca rakyat terbunuh ketika demonstrasi

BAGHDAD, 24 Safar 1441H, Rabu – Sekurang-kurangnya 157 orang terbunuh ketika protes antikerajaan di Iraq selepas lebih tiga minggu protes besar-besaran di seluruh negara, lapor jawatankuasa penyelidikan.

Jawatankuasa itu berkata, kebanyakan kematian berlaku kerana pasukan keselamatan Iraq menggunakan kekerasan serta melepaskan tembakan bagi menangani protes.

“Jawatankuasa mendapati bahawa pegawai dan komander hilang kawalan ke atas tentera mereka ketika protes (dan ini) menyebabkan kekacauan.

“Tidak ada arahan rasmi daripada pihak berkuasa tertinggi kepada pasukan keselamatan untuk melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan atau menggunakan peluru hidup,” kata laporan jawatankuasa itu seperti dilapor Reuters.

Sementara agensi berita AFP melaporkan, sebanyak 111 orang kebanyakannya penunjuk perasaan terbunuh di Baghdad.

Difahamkan, protes yang tercetus di Baghdad pada 1 Oktober lalu, kini dikatakan merebak ke beberapa bandar lain di selatan negara itu.

Rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Iraq sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan peningkatan pengangguran dan rasuah yang semakin teruk. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close