Berita UtamaDuniaUtama

15 juta penduduk Yaman terputus bekalan air bersih

3,700 maut akibat wabak kolera, ribuan lagi nyawa terancam

Yaman 24 Safar 1441H, Rabu – Krisis kemanusiaan di Yaman bertambah terburuk apabila hampir 15 juta penduduk negara itu kekurangan sumber bekalan air bersih, lapor agensi bantuan Oxfam.

Ia berpunca daripada serangan udara dan pertempuran yang berlarutan sehingga menyebabkan sebahagian besar sistem rangkaian air rosak.

Jurucakap agensi itu memberitahu, 11 juta rakyat hanya bergantung kepada punca air paip dan 4 juta rakyat yang lain bergantung kepada bekalan air yang dibawa melalui trak oleh syarikat swasta.

“Penduduk terpaksa meminum air yang tidak selamat dan ribuan penduduk berisiko mendapat penyakit yang mengancam nyawa seperti malaria, taun dan cirit-birit,” katanya.

Sementara itu, bandar-bandar di Dhamar dan Al-Mahwit juga mengalami krisis yang sama.

Sejak April 2017, terdapat lebih dua juta kes yang disyaki disebabkan wabak kolera, sehingga meragut 3,700 nyawa.

Pengarah Oxfam, Muhsin Siddiquey berkata, ‘pembunuhan’ ekonomi Yaman itu adalah satu kekejaman yang paling dasyat sejak konflik peperangan melanda negara berkenaan.

Krisis di Yaman bertukar buruk selepas pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan tentangan menyokong kerajaan menentang pemberontak Houthi disokong Iran pada Mac 2015.

Secara keseluruhan, 24 juta penduduk Yaman, atau 75 peratus penduduk, memerlukan bantuan kemanusiaan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close