Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Turun nilai ambang pembeli asing hanya untungkan pemaju

12,000 'orang luar' akan tinggal di Malaysia jika PH turunkan syarat

BANGI, 23 Safar 1441H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bimbang terhadap penurunan syarat pemilikan rumah bagi warga asing yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), baru-baru ini.

Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, keputusan kerajaan itu hanya membuka peluang kepada warga asing untuk membeli dan memiliki 4,000 kondominium di negara ini.

Beliau berkata, jika semua rumah adalah pemilikan asing, bermakna sekurang-kurangnya 4,000 warga asing akan bertambah di negara ini – di mana majoritinya adalah dari Hong Kong, Singapura dan China.

“Kalau setiap rumah tersebut didiami oleh suami dan isteri serta seorang anak, bermakna kita akan ada 12,000 orang asing akan tinggal disini.

“Apakah ini polisi yang baik untuk melindungi rakyat atau polisi sekadar mahu memberi untung kepada syarikat pemaju?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600 ribu pada tahun 2020 untuk pemilikan asing.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri tidak terjual yang dianggarkan bernilai RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019.

“Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 pada tahun 2020 untuk pemilikan asing,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2020, pada 11 Oktober lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close