Berita UtamaUtama

Sedia hadapi musim tengkujuh

Monsun Timur Laut dijangka bermula Khamis hingga Mac tahun depan

BANGI, 23 Safar 1441H, Selasa – Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula Khamis ini sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ketika fasa awal monsun iaitu sehingga awal Januari 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Manakala pada awal Januari dan Februari 2020 episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak dan Sabah.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

“Selain itu. tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Jailan menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan nasihat atau amaran hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora dikeluarkan MET Malaysia melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi.

“Orang ramai boleh hubungi talian hotline METMalaysia 1-300-322-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close