Berita UtamaUtama

‘PH gabungan aneh kerana pemimpinnya tak sehaluan’

Dakwaan kerajaan baharu punca daripada konflik dalaman PH: UMNO

BANGI, 23 Safar 1441H, Selasa – UMNO sememangnya mahukan parti dominan, DAP untuk keluar daripada pentadbiran rasis Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu dibangkitkan kerana UMNO tidak boleh menerima dasar dan ideologi DAP yang boleh merosakkan akal rakyat, seterusnya memberi kesan kepada pembentukan negara.

“Konsep Malaysian Malaysia, sosialis yang dibawa oleh mereka, pendekatan yang dilihat rasis dan tindakan yang dilihat ternyata dirasakan oleh orang Islam sebagai tidak ‘friendly’ (mesra).

“Mereka mempamerkan sifat-sifat Islamophobia dan tindakan-tindakan mereka dilihat bercanggah dengan kepentingan orang Melayu, serta perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang biasanya dirujuk sebagai kontrak sosial.

“Dan kita berpendirian bahawa DAP tidak harus diberi peluang atau tidak harus memerintah negara ini dalam keadaan yang ada sekarang.” katanya dalam temu bual Cakap Serupa Bikin bertajuk ‘Kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN’ di TV Pertiwi.

Terdahulu, kecoh dakwaan akan wujud kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN yang didakwa diketuai Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dakwaan itu dibuat susulan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin menafikan dakwaan itu dan ada pihak cuba menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam.

Mengulas mengenai perkara itu, Annuar menyakini bahawa gesaan untuk mewujudkan kerajaan baru tanpa DAP dan PAN berpunca daripada konflik dalaman PH sendiri, apabila parti politik di dalamnya gagal membentuk menjadi sebuah gabungan yang harmonis.

Beliau berkata, konflik berkenaan termasuklah khabar angin peralihan kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Maka, perkara itu menimbulkan ketidakstabilan, ketidaktentuan, dan ketidakpastian dalam PH. Jadi, apabila itu berlaku, ada pihak yang cuba mengaitkan kami di pihak pembangkang,” katanya.

Pada masa sama, Annuar menyifatkan bahawa parti politik dalam PH adalah gabungan aneh yang telah wujud dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, di mana terdapatnya pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan tetapi mempunyai tujuan sama iaitu hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, percaturan politik yang sedemikian menjadikan PH sebuah kerajaan yang tidak boleh memfokuskan kepada agenda untuk membangunkan rakyat.

“Mereka tentunya akan tergeser dan tergelincir daripada agenda mainstream yang telah terbina sekian lama.

“Dan saya rasa itulah yang sedang berlaku dan apabila perkara itu berlaku maka terjadilah ketidakstabilan dan dari situ timbullah isu ini (penubuhan kerajaan baru tanpa DAP dan PAN),” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close