Berita UtamaUtama

Penjawat awam sedia ada kekal dapat faedah, skim pencen: PM

Kerajaan kaji mekanisme baharu pastikan beban dapat dikurangkan

KUALA LUMPUR, 23 Safar 1441H, Selasa – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memberi jaminan bahawa mereka yang sah dalam perkhidmatan dan mendapat taraf berpencen sebelum ini akan terus kekal menerima faedah serta kemudahan skim pencen.

Beliau berkata, faedah persaraan yang dinikmati penjawat awam adalah dilindungi seperti ditetapkan di bawah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan iaitu Perlindungan Hak-hak Pencen dan dikawal selia melalui Akta Pencen 1980 (Akta 227) serta Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).

“Pemberian faedah persaraan kepada pesara kerajaan merupakan penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan serta jasa penjawat awam sepanjang perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), mengenai status terkini cadangan melaksanakan Skim Lantikan Kontrak yang ditambah baik bagi menggantikan Skim Lantikan Tetap dan Berpencen dalam perkhidmatan awam.

Walaupun kerajaan menghadapi cabaran untuk membiayai faedah persaraan berikutan jumlah pesara yang meningkat, Dr Mahathir berkata, kerajaan mengambil langkah mengkaji beberapa mekanisme baharu bagi memastikan bebanan kerajaan dapat dikurangkan dan penjawat awam tidak rugi selepas pencen.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close