Berita UtamaUtama

Mangsa banjir Perak meningkat 270, sebuah lagi PPS dibuka

SK Changkat Jong tempatkan 235 mangsa daripada 64 keluarga

IPOH, 23 Safar 1441H, Selasa – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dibuka di daerah Perak Tengah menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada tiga berbanding dua, semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 12.50 tengah malam tadi, seramai lima orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Parit 13, Titi Gantong yang dibuka 7 malam akibat banjir kilat susulan hujan lebat.

Portal itu turut memaklumkan, dua lagi PPS yang masih beroperasi adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak yang menempatkan 235 mangsa banjir daripada 64 keluarga.

Sementara PPS di SK Changkat Lobak menempatkan 30 orang daripada tujuh keluarga susulan banjir di daerah Kerian.

Berikutan itu, keseluruhan jumlah mangsa banjir di Perak yang kini ditempatkan di tiga PPS adalah seramai 270, meningkat berbanding 262 semalam. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close