Berita UtamaUtama

Komik propaganda: DAP cuba khianat negara promosi China

UMMAH anggap penerbitan komik perbuatan jenayah pendidikan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

KUALA LUMPUR, 23 Safar 1441H, Selasa – Penerbitan komik berbentuk propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia, adalah perbuatan jenayah pendidikan kepada negara.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, kenyataan tegas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik bahawa KPM tidak memberi kebenaran komik itu diedar secara rasmi di sekolah bermakna tindakan berkenaan salah dari segi undang-undang, kerana telah memasuki bidang kuasa kerajaan.

“Saya menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa komik ini tidak pernah mendapat kelulusan dari segi konteks… Sekiranya tidak mendapat kelulusan pencetakan, bagaimana ia boleh diedarkan. Bermakna ia diedar menggunakan pintu belakang,” kata beliau ketika sidang media di Pejabat Muafakat di Taman Melawati, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zai menyokong pendirian tegas Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak mempromosikan ideologi China di negara ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa mengandungi unsur propaganda politik serta mempromosikan ideologi China.

Mohd Zai berpandangan, tindakan itu menunjukkan bahawa DAP yang menjadi tulang belakang komik itu cuba khianati negara dengan mempromosikan China ke dalam negara kita.

“Tindakan itu sekali gus akan menjadi suatu jurang perbezaan rasis yang lebih besar,” katanya.

Semalam Dr Mahathir dilaporkan berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan sensitiviti kaum yang kukuh.

“Kami tidak mahu rakyat berfikir selepas dipengaruhi oleh Barat sebelum ini, dan kini akan dipengaruhi pula oleh negara China.

“Saya percaya China akan mempunyai pengaruh besar ke atas seluruh dunia di masa depan tetapi pada masa ini bukan untuk kami menggalakkan idea dan ideologi China di negara ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close