Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Kemiskinan di Gaza makin parah

Penduduk terpaksa pinjam wang, bergantung dengan air tak bersih

GAZA, 23 Safar 1441H, Selasa – Kadar kemiskinan di Gaza mencapai 75 peratus pada tahun 2019, dengan 34 peratus penduduknya hidup di tahap kemiskinan paling teruk, kata Timbalan Menteri Kebajikan Gaza, Ghazi Hamad.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat Kementerian Penerangan pada Ahad, Hamad berkata, 70 peratus rakyat Palestin yang tinggal di Gaza mendapat sumber makanan yang tidak selamat.

“Ramai penduduk Gaza terpaksa meminjam wang untuk membeli makanan dan air kerana kekurangan pendapatan selain sumber air yang tidak bersih,” katanya.

Beliau berkata, kesengsaraan dan kemiskinan rakyat Palestin di Gaza berpunca daripada tindakan kejam dan pendudukan haram rejim pengganas Israel.

“Selain daripada dikepung oleh rejim Zionis dan serangan yang kali berulang ke atas Gaza, sektor politik, ekonomi dan sosial rakyat Palestin adalah rumit untuk berfungsi,” katanya.

Gaza berada di bawah kepungan Israel sejak Jun 2007 dan sekatan yang dikenakan menyebabkan rakyat Palestin berdepan kemelut pengangguran, kemisikinan, dan taraf hidup yang amat teruk.

Rejim Zionis menafikan hak asasi jutaan penduduk Gaza termasuk kebebasan bergerak, pekerjaan, rawatan kesihatan dan pendidikan, sekali gus menyaksikan gelombang baharu ketegangan sejak 30 Mac, yang menandakan permulaan protes ‘The Great March of Return’. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close