Berita UtamaUtama

‘Inilah akibat bila kerajaan gagal definisi kebebasan bersuara’

3 isu besar babit pendidikan bukti longgarnya pemantauan dari KPM

BANGI, 23 Safar 1441H, Selasa – Kementerian Pendidikan (KPM) digesa supaya lebih berwaspada dan bersikap tegas terhadap sebarang anasir yang boleh meruntuhkan keutuhan sosial dalam negara, melalui penyerapan racun ke dalam sektor pendidikan.

Ahli Parlimen  Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tiga insiden besar yang berlaku baru-baru ini, menunjukkan beberapa kelompongan terhadap longgarnya pemantauan dalam sektor pendidikan negara.

Merujuk isu debat kontroversi, graduan Universiti Malaya (UM) biadab dan komik propaganda, Nik Abduh berkata, semua insiden berkenaan bertentangan dengan falsafah pendidikan negara, bahkan menyentuh perkara sensitif.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah keterlibatan ahli politik DAP yang jelas menyokong insiden-insiden berkenaan khususnya terhadap graduan yang telah melakukan provokasi di atas pentas konvokesyen serta tidak kurang juga 43 pimpinan akar umbi dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP yang membantah larangan penyebaran komik berkenaan di sekolah-sekolah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Abduh berkata, tiada gunanya kebebasan tanpa nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi rukun kepada negara.

“Amat menyedihkan bahawa tangan-tangan politik kotor yang membelakangi keluhuran budi pekerti kelihatan secara nyata mempromosikan kebebasan tanpa batas yang  mencemarkan proses pembinaan sahsiah anak bangsa kita.

” Inilah akibat kegagalan pihak kerajaan mendefinisikan maksud hak kebebasan bersuara dengan sempurna. Ia menjadi tiket kepada perlanggaran terhadap nilai-nilai murni dan tinggi yang telah sekian lama kita junjung,” katanya.

Sepanjang bulan ini, pelbagai kontroversi timbul membabitkan sektor pendidikan bermula dengan topik melampau yang diusulkan pihak penganjur debat Piala Tun Razak 2019, disusuli tindakan biadab graduan kejuruteraan UM, Wong Yan Ke ketika Istiadat Konvokesyen universiti itu dan isu penyebaran komik propaganda DAP dan komunis di sekolah-sekolah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close