Berita UtamaDuniaUtama

Amaran ‘perang serantau’ jika Israel terus ceroboh al-Aqsa

Hamas gesa rakyat Palestin terus kuat pertahan negara dari Zionis

BAITULMAQDIS, 23 Safar 1441H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran terhadap kemungkinan berlaku ‘peperangan serantau’, jika rejim pengganas Israel terus menceroboh Masjid al-Aqsa demi mencetuskan provokasi.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan semalam berkata, Tel Aviv akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perang yang tercetus akibat daripada tindakan serta sikap rejim berkenaan, yang menimbulkan rasa marah dalam kalangan rakyat Palestin.

Fawzi turut menggesa rakyat Palestin di Timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat untuk terus meningkatkan ketahanan diri bagi menghadapi penjajahan Israel di seluruh Palestin.

Pada masa sama, beliau turut menggesa masyarakat Arab dan muslim seluruh dunia untuk menyokong rakyat Palestin di wilayah diduduki, dan terus menyuarakan suara mereka terhadap pelanggaran dan kekejaman rejim Israel.

Israel telah menduduki Baitulmaqdis – yang menempatkan Al-Aqsa — ketika Peperangan Timur Tengah 1967.

Pada 1980, Israel secara unilateral telah ‘mengambil’ keseluruhan bandar itu serta mendakwanya sebagai ibu kota negara ‘yang abadi dan tidak berbelah bahagi.’ –  Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close