Berita UtamaUtama

Ridhuan Tee ingatkan MCA hargai toleransi Melayu

Biar akal mendahului mulut, bukan mulut mendahului akal

BANGI, 22 Safar 1441H, Isnin – Bila kamu menang dan kuat, kamu jadi bongkak. Sedarlah kamu MCA sebelum terlambat dan sebelum Melayu menolak kamu sepenuhnya, demikian sindiran pedas penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata demikian mengulas sikap tidak adil parti perkauman, MCA dalam mengutamakan bangsa Cina, walaupun selama ini parti itu menang pilihan raya atas ihsan orang Melayu.

Katanya, MCA perlu ingat supaya tidak terlebih Cina apabila berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana keberadaan parti itu hanya mewarnakan gabungan berkenaan.

“Realitinya macam tiada. Sebab itu, setiap kali mahu berkata, jaga mulut. Biar akal mendahului mulut, bukan mulut mendahului akal. Kerusi yang kamu menangi itu, semua kawasan majoriti Melayu.

“Kamu bergantung kepada undi ihsan Melayu untuk menang. Kamu tidak akan menang di kawasan mana-mana majoriti Cina dalam mana-mana PRU pada masa akan datang.

“Kaum India, langsung tidak ada majoriti di mana-mana kawasan sama ada DUN atau Parlimen. Bila diberi laluan, bersyukurlah, jangan terlebih ultra kiasu. Hargai toleransi Melayu,” katanya menulis di kolumnis Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee hairan apabila tiba soal pendidikan Cina, MCA akan menjadi lebih Cina daripada Cina, malah, lebih ultra kiasu itu sendiri.

“Sepatutnya setelah kamu menang kawasan majoriti Melayu, kamu perjuangkan sama hak-hak Melayu bersama. Bukan banyak pun yang dipinta, pertahankan sedikit hak pribumi cukuplah.

“Contoh, isu doa cara Islam dalam perhimpunan sekolah yang menjadi hak orang Islam, yang digantikan dengan doa Kristian. Kamu diam sahaja ya MCA, bersekongkol dengan ultra kiasu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close