Berita UtamaDr Ridhuan Tee AbdullahKolumnisPendapatUtama

Peruntukan sekolah Cina, berapa banyak lagi MCA mahu?

Bajet 2020 yang untung tetap ultra kiasu, bukannya Melayu, Bumiputera

MASIH buta lagi melihat permainan dan strategi licik ultra kiasu vs ultra kiasu. Sejak dulu saya konsisten mengatakan, mereka ini nampak macam ada dua dan tiga, sebenarnya mereka hanya ada satu.

Malah MCA mempunyai hubungan lebih erat dengan Dong Zong dan Jiao Zong, berbanding ultra kiasu satu lagi. Ingat, MCA parti Cina tulin. Ultra kiasu satu lagi katanya berbilang kaum, tetapi sebenarnya tidak, sebab itu tindakannya tidak boleh nampak sangat kecinaan berbanding MCA.

MCA jangan terlebih Cina apabila berada dalam Barisan Nasional (BN). Ingat, keberadaan kamu bersama MIC macam ada, tetapi realitinya macam tiada. Hanya mewarnakan BN supaya kelihatan warna warni, sedangkan kekuatan tidak ada.

Sebab itu, setiap kali mahu berkata, jaga mulut. Biar akal mendahului mulut, bukan mulut mendahului akal. Kerusi yang kamu menangi itu, semua kawasan majoriti Melayu.

Kamu bergantung kepada undi ihsan Melayu untuk menang. Kamu tidak akan menang di kawasan mana-mana majoriti Cina dalam mana-mana PRU pada masa akan datang. Kaum India, langsung tidak ada majoriti di mana-mana kawasan sama ada DUN atau Parlimen. Bila diberi laluan, bersyukurlah, jangan terlebih ultra kiasu. Hargai toleransi Melayu.

Sepatutnya setelah kamu menang kawasan majoriti Melayu, kamu perjuangkan sama hak-hak Melayu bersama. Bukan banyak pun yang dipinta, pertahankan sedikit hak pribumi cukuplah. Contoh, isu doa cara Islam dalam perhimpunan sekolah yang menjadi hak orang Islam, yang digantikan dengan doa Kristian. Kamu diam sahaja ya MCA, bersekongkol dengan ultra kiasu.

Bila kamu menang dan kuat, kamu jadi bongkak. Mulut kamu mendahului akal.

Kamu menjadi lebih Cina daripada Cina, malah lebih ultra kiasu daripada parti ultra kiasu yang ekstrem itu sendiri, bila tiba soal pendidikan Cina. Sedarlah kamu MCA sebelum terlambat. Sebelum Melayu menolak kamu secara total.

Istitusi pendidikan Cina tetap akan megah berdiri meskipun tanpa bantuan kerajaan. Jika mahu bukti senang sahaja, minta Jabatan Audit Negara untuk membuat audit kepada institusi pendidikan Cina ini.

Usah pergi lebih jauh, lakukan audit terhadap Persatuan Ibu bapa (PIBG) setiap SJKC, SMKC dan SMPC serta institusi Pendidikan Tinggi mereka seperti TAR UC, UTAR, Kolej New Era, Kolej Han Chiang dan lain-lain. Saya amat yakin, tanpa bantuan kerajaan, institusi ini tetap megah berdiri. Dengan bantuan kerajaan, institusi ini akan menjadi lebih mewah dan semakin kaya.

Ramai jutawan Cina ultra kiasu yang telah dikayakan oleh sistem kerajaan sedia ada, berbondong-bondong datang membantu.

Dengan sebab itu, tidak mustahil kemudahan prasana mereka, jauh melebihi atau ‘terhadapan’ berbanding dengan prasarana institusi di bawah kerajaan itu sendiri. Jika tidak percaya, buatlah audit.

Kenapa UTAR hari ini agak ‘terhadapan’ berbanding dengan universiti awam yang lain. Jawapannya, mudah, UTAR banyak duit. Dengan duit yang banyak, mereka boleh lakukan apa sahaja. Termasuk bla…bla……….fikirkanlah, tidak perlu saya ulas di sini.

Lihat kata-kata mulut mendahului akal melalui, ketua parti Cina ultra kiasu. MCA mempertikaikan belanjawan 2020 kerana katanya tiada simpati pada pendidikan kaum Cina di Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Kenapa tidak pertikaikan peruntukan kepada institusi Cina yang lain, yang melebihi aliran kebangsaan itu sendiri? Dasar ultra kiasu. Hanya melihat satu, tidak melihat semua. Secara keseluruhan, pendidikan Cina juga yang untung, bukan pendidikan kebangsaan. Sebab itu, saya kata, mereka ini nampak parti berbeza tetapi sebenarnya satu.

Ultra kiasu ini menegaskan pengurangan peruntukan pembangunan TAR UC sebanyak 81.8 peratus, daripada RM5.5 juta kepada RM1 juta, adalah satu penindasan ke atas pelajar-pelajar berketurunan Cina yang kurang berkemampuan.

Menteri ultra kiasu Putrajaya pula berkata akan segera memberikan semula dana RM30 juta bagi tahun ini dan tahun depan jika MCA melepaskan kawalan ke atas TAR UC dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Ultra kiasu menetapkan syarat kepada ultra kiasu. Boleh percayakah mereka ini? Yang kurang dihebohkan, yang dapat lebih disenyapkan, ultra kiasu lagi. Percayalah, tukar atau tidak pengurusan UTAR dan TAR UC, institusi ini tetap kaya.

Cuba banding yang ini, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peruntukan sebanyak RM 15 juta. Pada tahun lepas, Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM 12 juta kepada SMPC. Ini bermakna peruntukan kepada SMPC meningkat sebanyak RM 3 juta.

Terdapat 60 buah SMPC yang dikelola oleh Pertubuhan Dong Zong di seluruh Malaysia. Ini bermakna setiap sekolah persendirian cina mendapat peruntukan RM 250,000 secara puratanya, jika dibahagikan secara sama rata. Bandingkan apa berapa banyak sekolah kebangsaan arus perdana dapat? Ini sekolah aliran apa? Atas dasar apa ia dibantu? Sejak dari azali SMPC berdegil mahu keluar daripada aliran kebangsaan, kenapa perlu dibantu?

Teramat jelas dengan kenaikan peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) menunjukkan langkah kerajaan mengekalkan sekolah vernakular serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Kita menyambut baik keputusan memberikan peruntukan paling tinggi dalam sektor pendidikan, tetapi ia perlu dibahagikan mengikut Perlembagaan, yang mana sah, yang mana tidak sah.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020 iaitu RM64.1 bilion, berbanding pada tahun 2019 sebanyak RM60.2 bilion.

Pertambahan itu juga turut membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) daripada RM250 juta kepada RM300 juta, dan Sekolah Agama Rakyat dan Persendirian iaitu RM50 juta berbanding RM25 juta tahun ini. Pergi kira berapa banyak sekolah aliran kebangsaan dan sekolah agama. Bandingkan dengan sekolah yang tidak mengikut aliran kebangsaan.

Contoh, SJKC RM50 juta, SJKT RM50 juta (lagi sedikit bilangannya), Sekolah Mubaligh RM50 juta, SMJKC RM20 juta (hanya ada 70 buah) dan SMPC RM15 juta (hanya ada 60 buah). Atas alasan apa bantuan diberikan sebegitu banyak?

Adilkah pembahagian ini dalam sebuah negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu? Fikirkanlah.

Sebab itu saya teruja dengan tindakan seorang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mahu menyaman kerajaan atas penyediaan belanjawan tersebut. Belanjawan tersebut mengikut beliau, bertentangan dengan perkara 152 (1) (a).

Begitu juga dengan seksyen 17(1) dan Seksyen 28, Akta Pendidikan 1996 adalah ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan

Termasuk juga bahan kes Mahkamah Persekutuan Unviersiti Merdeka Bhd vs Kerajaan Malaysia [1982] 2 MLJ243.

Menurut Azam, Perlemabagaan dan Akta Pendidikan tidak menyebut langsung mengenai bantuan kepada sekolah-sekolah di atas.

Bayangkan berapa banyak peruntukan yang diperolehi berbanding dengan Pendidikan Cina. Jumlah besar dibahagikan dengan bilangan yang besar, berapa banyak yang diperolehi. Berbanding dengan jumlah tidak seberapa dibahagikan dengan jumlah yang kecil, berapa pula?

Kesimpulannya, Belanjawan 2020, pergi ke manapun, yang untung tetap ultra kiasu, bukannya Melayu dan Bumiputera.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close