Berita UtamaUtama

Muhyiddin patut guna kuasa halang terbitan komik DAP

Majoriti pemimpin DAPSY pertahan edaran, isi kandungan komik

BANGI, 22 Safar 1441H, Isnin – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya bertindak tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ – berunsur propaganda DAP – yang disebarkan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Muhyiddin perlu menggunakan kuasa yang ada mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, untuk melarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan komik berkenaan.

Katanya, perkara itu penting kerana komik itu mendatangkan kemudaratan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai.

“Malah ia juga berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Komik berkenaan dilaporkan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia, diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Komik itu diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Difahamkan, komik berkenaan menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan lama (Barisan Nasional).

Berdasarkan sekeping surat yang tular di media sosial, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah buku komik (versi bahasa Melayu) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Sayap Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Howard Lee kononnya DAP dan sekutunya DAPSY tiada kaitan dengan penerbitan serta isi kandungan komik berkenaan tidak boleh diterima sama sekali.

Ini kerana, katanya, majoriti pemimpin tertinggi DAPSY telah mempertahankan pengedaran dan isi kandungan komik berkenaan.

Beliau berkata, kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP membuktikan lagi bahawa penerbitan komik berkenaan mendapat sokongon penuh parti.

“Justeru, bukan sahaja penulis dan pelukis karikatur komik, Hew Kuan Yau dan Chong Po Ling sahaja yang perlu diambil keterangan, malah Guan Eng selaku penulis kata-kata aluan komik ini juga perlu diambil tindakan yang sama.

“Tambahan pula Guan Eng bertindak sebagai menteri kewangan sekali gus menjadikan penerbitan komik ini perlu dipandang lebih berat,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close