Berita UtamaPendapatUtama

Maszlee lembik punca sistem pendidikan hilang maruah

Graduan protes, komik DAP, debat Tun Razak antara kontroversi tercetus

BULAN Oktober pada tahun-tahun lalu, kebiasaannya akan kecoh tentang penganjuran pesta arak Octoberfest. Majoriti rakyat mengecam pesta arak yang diimport dari Jerman itu, tetapi sering kali dipertahan pimpinan Cina dan Melayu dalam Pakatan Harapan.

Namun agak berbeza Oktober kali ini. Menjengah awal Oktober 2019 ini nampak tenang sahaja. Tetapi, tidak semena-mena, negara kecoh dengan seorang pelajar Cina yang secara biadapnya membuat onar di majlis konvokesyen universiti.

Maka tertanya-tanya kita, siapakah gerangan si biadap ini? Tidak mengejutkan pendedahan demi pendedahan akhirnya mengesahkan si biadap ini ada hubungkait dengan parti rasis dan cauvanis DAP.

Ironi sekali, si biadap ini menjerit di atas pentas konvokesyen dengan niat menyanggah Naib Canselornya dengan melaungkan ‘Ini Tanah Malaysia’, tetapi lihat sahaja siapa di belakangnya?

Dalam masa yang sama, kecoh pula isu tajuk debat kontroversi dalam pertandingan debat Piala Tun Razak. Didedahkan juga bahawa tajuk debat yang menyentuh sensitiviti Islam itu datangnya daripada idea individu yang berideologi liberal dan pendokong kuat gerakan LGBTQ.

Belum pun reda dengan dua isu ini, negara digemparkan pula pengedaran komik rasis dan cauvanis DAP. Dikatakan beribu cetakan diedarkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Komik yang didalangi ahli DAP yang terkenal dengan sifat rasis melampau. Bukan sahaja komik ini menyongsangkan banyak fakta, tetapi secara sengaja turut memberi gambaran negatif terhadap imej Islam di dalamnya.

Apa yang berlaku sebenarnya? Kalau kita perasan ketiga-tiga isu ini berlingkar dalam sistem pendidikan kita. Bukan lagi rahsia, duo Menteri dan Timbalan Menteri ini kelihatan seperti ‘bermasalah’. Seringkali bertentangan kenyataan malah terkadang kelihatan Timbalan Menteri dari DAP ini melangkaui menterinya.

Bukan lagi sesuatu yang baharu, setiap kali isu nasional menjengah sekitar isu pendidikan kita, seperti UEC, bantuan SMPC, silibus Jawi, rombakan silibus sejarah dan banyak lagi isu membuatkan sistem pendidikan kita hilang maruah!

Tidak mustahil isu-isu yang berlaku ini sebenarnya adalah kerana kelembikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Tidak berprinsip, tiada ketegasan dan seringkali dibayangi oleh Timbalan Menteri, Teo Nie Ching membuatkan sistem pendidikan kita hilang maruah!

Saya walaubagaimanapun tidaklah terkejut, kerana mengenali latar belakang Maszlee sebelum menjadi Ahli Parlimen dan menteri adalah cukup mesra dengan DAP yang rasis dan kiasu ini.

Kembalikan Maruah Sistem Pendidikan negara!

#MalaysiaTanpaDAP

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close