Berita UtamaIstimewaUtama

Malaysia lebih aman tanpa DAP

Parti tamak haloba dan konco-konconya perlu dikalahkan pada PRU15

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Safar 1441H, Isnin – Negara akan lebih aman dan sejahtera tanpa adanya parti tamak haloba, DAP dan konco-konconya dalam politik Malaysia, tegas bekas Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Aznan Hassan.

Beliau berkata demikian susulan berlakunya pelbagai peristiwa angkara parti yang kini menjadi dominan dalam kerajaan Malaysia, sehingga boleh mengganggu gugat kesejahteraan negara. 

Antaranya adalah penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Mereka ditahan kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan LTTE.

Selain itu, timbul isu komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang menyebarkan propaganda DAP dan komunis yang diedarkan ke sekolah-sekolah.

Komik itu diterbitkan hasil kerjasama Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau – bekas aktivis DAP dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Kandungan komik berkenaan difahamkan banyak mempromosikan parti cauvinis, DAP serta pemimpin-pemimpin mereka.

Tambah parah apabila 43 pemimpin DAP bertindak mengherdik serta membantah tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menghalang komik rasis itu diedarkan ke sekolah-sekolah.

Dengan pelbagai masalah yang wujud, Dr Aznan menegaskan bahawa dengan tiadanya parti rasis dan cauvinis berkenaan, yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia, maka negara ini akan jauh lebih aman.

“Saya hairan bagaimana masih ada Melayu Islam yang masih nak bela DAP dan pada masa sama masih fikir mereka sayangkan Islam dan negara. 

“Kita mesti berusaha untuk pastikan DAP dan konco-konconya kalah dalam pilihan raya akan datang. Tiada pilihan lain,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close