Berita UtamaUtama

Larang BMF: Exco Perak guna jawatan melampaui kuasa

Asmuni paranoid, tuduh BMF kempen politik tidak masuk akal

BANGI, 22 Safar 1441H, Isnin – Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi paranoid apabila memfitnah kempen Beli Produk Muslim (BMF) sebagai suatu kempen politik, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Hafez Sabri. 

Menyifatkan tuduhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sebagai tidak masuk akal, beliau berkata, Asmuni tanpa sedar telah menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk bertindak melampaui kuasa. 

Lebih malang, apabila beliau mahu memanggil Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim kerana dikaitkan dengan kempen berkenaan. 

“Jelas bersifat memaksa yang boleh ditafsirkan sebagai keangkuhan diri, walhal pihak mufti berada di bawah kuasa Tuanku Sultan serta bertanggungjawab terhadap baginda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen BMF di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), kelmarin. 

Asmuni dilaporkan berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Hafez berkata, campur tangan Asmuni dalam kempen BMF sangat tidak wajar, dan pihaknya kesal apabila pemimpin itu bermain istilah secara mengelirukan dengan membawa pemisahan antara halal dan muslim, sedangkan keduanya sangat berkaitan. 

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Pemuda PAS seluruh Perak berdiri teguh bersama Jabatan Mufti Negeri Perak dalam menyokong kempen mengutamakan produk Muslim seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi Mufti bertarikh 10 September 2019. 

“Justeru DPPN Perak menyeru agar kita berdiri teguh bersama Jabatan Mufti Negeri Perak dan mempertahankan pendirian Jabatan Mufti dalam memastikan kempen ini terus bergerak dengan baik sehingga umat Islam bersatu dalam perjuangan memperkukuhkan ekonomi ummah ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close