Berita UtamaDuniaUtama

Ketegangan memuncak, 10 maut akibat pertikaian India-Pakistan

Kedua-dua negara salahkan sesama sendiri bila orang awam dibunuh

SRINAGAR, 22 Safar 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya 10 maut dalam pertikaian rentas sempadan de facto India-Pakistan, apabila kedua-dua negara saling menyalahkan satu sama lain apabila orang awam dan tentera dibunuh, lapor AFP.

Ketegangan India-Pakistan terus memuncak dan menjadi salah satu hari yang paling dahsyat sejak New Delhi membatalkan status khas Kashmir pada bulan Ogos.

Pegawai dari kedua negara itu menuduh anggota tentera masing-masing menembak melintasi sempadan de facto, yang dikenali sebagai Garisan Kawalan – Line of Control (LoC).

India berkata, berlaku tembakan oleh Pakistan merentasi sempadan di wilayah Tangdhar utara Kashmir lewat malam Sabtu, membunuh dua tentera India dan satu orang awam.

Ketua Tentera India, Bipin Rawat, memberitahu wartawan di New Delhi bahawa pasukannya melakukan tembakan menyasarkan kem pengganas di seluruh sempadan.

Tetapi Islamabad menuduh tentera India menyasarkan orang awam, dengan kementerian luar negeri mengatakan enam terbunuh, manakala beberapa yang lain – termasuk wanita dan kanak-kanak – cedera di kawasan berhampiran LoC.

Tentera Pakistan memaklumkan bahawa seorang anggota tentera mereka juga meninggal dunia, menjadikan jumlah korban di Pakistan yang ditadbir oleh Kashmir kepada tujuh.

Tentera Pakistan juga mendakwa bahawa serangan India dalam sektor Jura, Shahkot dan Nowshera sengaja disasarkan kepada penduduk awam.

Seorang jurucakap Angkatan Bersenjata Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, Pakistan bertindak balas, membunuh sembilan tentera India, mencederakan beberapa orang lain dan memusnahkan dua bunker milik India. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close