Berita UtamaDuniaUtama

4 maut, 50 cedera demonstrasi pertahan Islam di Bangladesh

Lelaki Hindu didakwa cetus ketegangan agama hina Nabi Muhammad

DHAKA, 22 Safar 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 50 yang lain cedera apabila polis di selatan Bangladesh melepaskan tembakan ke arah ribuan penduduk Islam yang mengadakan demonstrasi, membantah mesej di Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Di bandar Borhanuddin di pulau terbesar negara itu di Bhola, kira-kira 20,000 penduduk Islam membantah serta menggesa seorang lelaki Hindu didakwa kerana cuba mencetuskan ketegangan dengan menghina agama Islam.

Kesalahan menghina agama menjadi cabaran terbesar buat pasukan keselamatan di Bangladesh berikutan penduduk Islam di negara itu adalah sekitar 168 juta orang.

Sementara itu, Ketua Polis, Sarkar Mohammad Kaisar memberitahu, ramai pegawai polis turut tercedera dalam protes terbabit.

Beliau berkata, polis melepaskan ‘tembakan kosong’ untuk mempertahankan diri selepas beberapa penunjuk perasaan melemparkan batu kepada pegawai polis.

“Kami melepaskan tembakan kosong untuk pertahanankan diri selepas beberapa peserta demonstrasi mula melontar batu kepada petugas. Kami terpaksa melindungi diri di sebuah bangunan,” katanya.

Polis tambahan dan pengawal sempadan dikejarkan ke pulau itu menaiki helikopter bagi mengawal keadaan mengelakkan keganasan di Bhola, yang terletak 195 kilometer dari ibu kota, Dhaka.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina memberitahu, akaun Facebook lelaki yang didakwa menghasut ketegangan agama digodam oleh seorang individu dan digunakan untuk ‘menyebarkan penipuan’.

Berikutan itu, polis telah menahan tiga individu yang telah disyaki menggodam akaun tersebut.

Pada tahun 2016, pertempuran Hindu-Muslim berlaku di sebuah bandar di dakwa menghina satu laman web Islam, juga melalui akaun Facebook.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close