Berita UtamaUtama

Wanita muslim perlu celik ilmu tangani pengaruh liberalisme

Rujuk pakar, golongan mahir jika timbul sesuatu isu tidak jelas

KAJANG, 21 Safar 1441H, Ahad – Golongan wanita Islam perlu celik ilmu dan sentiasa peka mengenai perkembangan semasa, dalam usaha menentang pengaruh puak liberal di negara ini.

Sehubungan itu, Pensyarah Klinikal (Pediatrik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Azyati Yusoff berkata, wanita digalakkan untuk menyertai program keilmuan bagi melengkapkan dan memperkasakan diri.

“Saya juga menggalakkan generasi atau wanita-wanita muslim untuk bersama dengan golongan yang dapat membantu dan memperkayakan ilmu apabila timbul sesuatu isu yang tidak jelas.

“…supaya apabila tak faham sesuatu, kita boleh rujuk di dalam ahli yang mahir dan pakar dalam bidang berkenaan,” katanya ketika ditemui Ismaweb pada Seminar Wanita Islam (Wanita Muslimah: Perjuanganmu Bermula Dari Rumah), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai usul kontroversi pada pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019, yang tular dan menerima kecaman pelbagai pihak, baru-baru ini.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar sekolah yang membabitkan topik kontroversi berkaitan asas Islam seperti Islam tidak menghalang homoseksual dan penulisan semula al-Quran.

Siasatan mendapati panel pemilih usul pertandingan debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) yang mencetuskan kontroversi, tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kementerian Pendidikan berkata, panel terbabit yang juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal daripada pihak SDAR berkaitan usul tajuk debat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close