Berita UtamaUtama

Khidmat guaman, tak bermakna MIC sokong keganasan: PAS

Kerajaan perlu kemuka Kertas Putih demi kepentingan awam, negara

BANGI, 21 Safar 1441H, Ahad – Langkah MIC memberi khidmat guaman kepada suspek yang ditahan kerana disyaki menyokong Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), tidak bermakna parti itu menyokong keganasan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah memberi khidmat peguam adalah bagi memastikan seseorang yang ditahan mendapat haknya sebagaimana dijamin di sisi undang-undang.

Ia juga selaras dengan prinsip ‘seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, kata Takiyuddin.

“Sekiranya mereka dibuktikan bersalah dan disabitkan oleh mahkamah, maka semua pihak perlu akur dan menyerahkannya kepada proses undang-undang untuk dilaksanakan,” katanya.

MIC dilaporkan akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada lima suspek yang ditahan baru-baru ini, kerana disyaki terbabit menyokong pengganas LTTE.

Ketua Biro Bantuan Guaman MIC, T Rajasekaran berkata, parti itu menawarkan khidmat guaman percuma kerana suspek tidak berkemampuan mendapatkan khidmat peguam sendiri.

Pada masa sama, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS atas dasar kepentingan awam dan keselamatan negara, sekali lagi mengulangi gesaan supaya kerajaan mengemukakan Kertas Putih di Parlimen mengenai kegiatan berbentuk sokongan kepada aktiviti keganasan di negara ini.

“Ini supaya mana-mana pihak terutama sekali pimpinan politik yang memesongkan pemikiran rakyat diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close