Berita Utama

Selangor beri subsidi jika tarif air naik

'Kalau beban mungkin kerajaan negeri ‘counter’ subsidi dengan simpanan'

BANGI, 13 Jamadilawal 1445H, Isnin – Kerajaan negeri bersedia memberi subsidi kepada penduduk di Selangor sekiranya langkah menaikkan tarif air membebankan mereka.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, tarif air di Selangor tidak semestinya meningkat.

“Itu masih awal, saya tak boleh cakap sebab penilaian berkenaan tarif air itu bukan sahaja melibatkan daripada Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd dan cadangan perlu dibincangkan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Dan tidak semestinya naik lagi.

“Saya akan menilai balik, kalau ada keperluan naik, kita naikkan. Namun, kalau ia membebankan mungkin kerajaan negeri akan ‘counter’ subsidi dengan simpanan yang kita ada,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas anggaran taraf air yang sesuai kepada pengguna domestik di Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan tarif air domestik di semua negeri akan disemak awal tahun depan selepas ada negeri tidak pernah berbuat demikian dalam tempoh 40 tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button