Berita UtamaDuniaUtama

15 maut, 13 hilang empangan haram runtuh di Russia

14 pekerja lombong emas dirawat, termasuk tiga mangsa parah

MOSCOW , 21 Safar 1441H, Ahad – Sekurang-kurangnya 15 maut, manakala 13 yang lain dilaporkan hilang selepas empangan yang dibina secara haram di lombong emas di penempatan terpencil, Siberia runtuh.

Empangan di sungai Seiba di wilayah Krasnoyarsk itu pecah ekoran hujan lebat semalam, sehingga runtuh dan melimpah ke kabin pekerja lombong berkenaan.

Lombong emas itu berada di kawasan terpencil kira-kira 160 kilometer di selatan bandar Krasnoyarsk, yang terletak 4,000 km dari timur Moscow.

Kementerian Kesihatan Russia berkata, 14 pekerja lombong dibawa ke hospital, termasuk tiga daripada mangsa dilaporkan parah.

Satu kertas siasatan dibuka atas dakwaan membina empangan secara haram dan melanggar peraturan keselamatan.

“Kemudahan hidro-teknikal itu dibina sendiri, dan saya percaya semua peraturan keselamatan telah dilanggar,” kata jurucakap kerajaan di wilayah Krasnoyarsk, Yuri Lapshin.

Sementara itu, Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan pegawainya membantu dan menyiasat punca kejadian berkenaan, kata jurucakapnya.

Puluhan anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari dan membantu mangsa yang masih hilang serta cedera.

Penduduk di perkampungan Kuragino, berdekatan dengan lokasi kejadian turut dipindahkan kerana paras air Sungai Seiba melimpah dan menyebabkan banjir, kata media Russia.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close