Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Tragedi solat Jumaat bunuh 62 jemaah di Afghanistan

Lebih 100 cedera, militan pengganas Taliban nafi dalangi serangan

KABUL, 20 Safar 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 62 maut, manakala lebih 100 yang lain cedera dalam letupan di sebuah masjid di wilayah Nangarhar, ketika solat Jumaat semalam.

Pihak berkuasa di wilayah Nangarhar, Sohrab Qaderi berkata, angka kematian insiden dipercayai didalangi militan pengganas itu dijangka meningkat.

“Jumlah mangsa mungkin meningkat kerana ketika ini, pasukan penyelamat dan orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat dari runtuhan,” kata Qaderi.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Omar Ghorzang berkata, kejadian berkenaan menyebabkan bumbung masjid jatuh, ketika seramai 350 jemaah berada di dalam bangunan itu.

Jurucakap Presiden Afghanistan, Sediq Sediqqi berkata, belum ada waris yang datang menuntut mayat mangsa setakat ini.

“Kerajaan sangat mengutuk serangan berani mati ini.

“Kumpulan militan berterusan membuat jenayah dengan menyasarkan orang awam ketika beribadat,” katanya dalam satu ciapan di laman Twitter.

Pada masa sama, jurucakap militan Taliban, Suhail Shaheen dalam satu kenyataan menafikan kejadian letupan berkenaan didalangi kumpulan pengganas itu.

Insiden letupan itu berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan di Afghanistan telah mencapai tahap yang tidak dapat diterima.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close