Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

LTTE-DAP memang berkait rapat

Bekas ahli dedah ancaman DAP kepada perpaduan, ekonomi negara

BANGI, 20 Safar 1441H, Sabtu – Parti yang dominan dalam Kerajaan Malaysia, DAP, sememangnya berkait rapat dengan kumpulan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas ahli parti rasis dan cauvinis berkenaan, Amran Ahmad Nor ketika temu bual dalam rancangan ‘Cakap Serupa Bikin’ yang disiarkan di TV Pertiwi, semalam.

Beliau berkata, pembabitan parti itu dalam LTTE adalah ancaman kepada negara dalam tempoh jangka masa panjang.

“Ini belum termasuk ancaman-ancaman dari segi perpaduan, ekonomi yang semakin merudum, jadi ini satu manifestasi kepada kita untuk jangan memilih DAP sebagai kerajaan Malaysia,” katanya.

Amran berkata, satu persatu pekung DAP telah terbuka sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, lebih-lebih lagi apabila timbul isu mengenai kumpulan pengganas LTTE.

Selama 30 tahun menjadi sebahagian daripada DAP, beliau berkata, peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan apabila DAP menang, pengaruh komunis akan semakin kuat di negara ini.

“Dan hari ini, setelah menang pada PRU lepas muncul pula gelombang baru LTTE. Sebab itu, DAP mampu untuk mencabar PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Sepatutnya, sebagai kerajaan mereka menyokong usaha polis untuk membanteras keganasan. Sebab usaha polis ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan perpaduan negara ini. Namun, mereka pula yang melawan polis dengan membuat kenyataan membidas polis dan sebagainya,” katanya.

Amran turut mendedahkan, salah seorang pemimpin DAP – yang juga peguam ternama dalam parti itu – ada meletakkan gambar pengasas LTTE, v Prabakharan di belakang kerusi di biliknya, sekali gus menguatkan lagi bukti mereka menyanjungi perjuangan kumpulan pengganas berkenaan.

Justeru, Amran mendesak PDRM supaya menangkap lebih ramai lagi pemimpin DAP yang terbabit dalam kegiatan LTTE, yang turut memberi ancaman kepada negara.

“Dan selama ini, DAP tidak ikhlas untuk bantu polis perangai keganasan, kerana apa yang saya dengar, Lim Kit Siang hanya mengarahkan mereka yang terbabit meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan di peringkat negeri dan pusat lagi. Jadi, adakah ia cukup untuk perangi keganasan?” katanya.

LTTE mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close