Berita UtamaUtama

BMF: UMMAH harap kerajaan negeri lain contohi Pahang

Karnival Usahawan Muslim diadakan selama 3 hari di Masjid Negeri

BANGI, 20 Safar 1441H, Sabtu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang yang menyokong dan memberikan kerjasama terhadap Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslims’ First (BMF).

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya menggesa supaya sokongan membeli produk muslim yang dibuat negeri itu, menjadi contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain.

                       

Beliau berkata, Karnival Usahawan Muslim adalah yang pertama dianjurkan, selepas siri-siri jelajah kempen BMF di negeri itu sebelum ini.

“Jutaan terima kasih juga kepada Exco Agama Kerajaan Negeri, Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana sudi hadir merasmikan Karnival Usahawan Muslim di Kuantan ini.

       

“Karnival ini akan berlangsung selama tiga hari di perkarangan Masjid Negeri Pahang, Kuantan sehingga Ahad ini (20 Oktober 2019). Jadi, nantikan siri-siri Karnival Usahawan Muslim yang bakal diadakan nanti,” katanya.

UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Beli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close