Berita UtamaUtama

BMF buka lembaran baharu kegiatan konsumerisme

Kempen produk muslim beri kesan harga barang turun 50 peratus

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 20 Safar 1441H, Sabtu – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang kini mendapat sambutan luar biasa oleh rakyat dan peniaga membuka lembaran baharu di dalam sejarah kegiatan konsumerisme di Malaysia.

Penganalisis ekonomi, Prof Emer Dr Barjoyai Bardai berkata, buat pertama kali wakil majoriti pengguna di Malaysia (muslim mewakili 70 peratus pengguna) bersuara memilih barang keluaran muslim dengan penekanan kepada prinsip ‘Halalan Kameelan’ – khusus bagi barang makanan.

Prinsip Halalan Kameelan – di mana untuk dikatakan halal, ia mesti dikeluarkan pengusaha, pembekal, tukang masak, pekerja dan pembiaya muslim.

Dr Barjoyai berkata, dalam beberapa hari sahaja, sambutan BMF yang meluas melalui media sosial memberi kesan kepada harga barang makanan di pasar raya yang mana turun sehingga 50 peratus.

“Jika isu yang diperjuangkan sebagai isu nasional seperti kenaikan harga makanan asas seperti beras, tepung, sayur, daging, ayam dan ikan ia akan disokong oleh pengguna di seluruh pelusuk negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Dr Barjoyai turut menggesa pengguna menggunakan kuasa media sosial mendesak pasaran supaya bersikap adil kepada mereka dan tidak bersikap tamak memaksimumkan keuntungan.

Bahkan, beliau turut menyarankan pembekal barang makanan halal keluaran muslim dikembangkan dengan mewujudkan portal halal yang akan menjadi ‘virtual supermarket’ bagi umat Islam dan pengenalan kepada mata wang Islam dinar, secara crypto (sistem pembayaran secara digital) dan e-valet.

Kempen BMF dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal), Abata, dan menjadi penggerak utama sejak April lalu.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close