Berita UtamaDuniaPalestinUtama

69 rakyat Palestin cedera angkara pengganas Israel

Protes ke-79 turut tolak hubungan beberapa negara Arab dengan Zionis

GAZA, 20 Safar 1441H, Sabtu – Hampir 70 rakyat Palestin cedera akibat serangan pasukan pengganas Israel ketika protes anti-pendudukan yang diadakan setiap minggu, berhampiran pagar pemisah antara Gaza dengan wilayah yang diduduki.

Walaupun ianya demontrasi mingguan sejak Mac tahun lalu, protes yang diadakan semalam juga antara lain bagi menolak kerjasama dengan Tel Aviv, susulan pendedahan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhubung beberapa negara Arab sedia jalin hubungan dengan rejim Zionis itu.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, 69 orang awam cedera dalam serangan rejim Zionis ketika protes mingguan ke-79, semalam.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qedra berkata, 26 dilaporkan cedera ditembak dengan peluru hidup.

Sementara itu, media antarabangsa melaporkan bahawa rejim Zionis menembak mati seorang lelaki di kawasan sempadan Israel, di selatan Tulkaram, Tebing Barat semalam.

Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan belum dikenal pasti.

Difahamkan, tembakan dilepaskan ketika mangsa berjalan menuju ke pintu gerbang sempadan Israel sambil membawa pisau.

Pada masa sama, rejim Zionis yang berada di tempat kejadian mendakwa mangsa kononnya cuba menikam mereka.

Kumpulan hak asasi manusia juga telah berulang kali mengecam tindakan rejim itu yang dengan sengaja menghalalkan pembunuhan rakyat Palestin di kawasan protes, walaupun tidak menimbulkan ancaman besar terhadap mereka.

Terdahulu, tentera yang ditempatkan di sempadan Israel melepaskan tembakan ke arah ratusan penunjuk perasaan Palestin yang berkumpul di pagar bagi menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel sejak Mei 1948.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Sejak bermulanya protes itu, sekurang-kurangnya 307 rakyat Palestin terbunuh, manakala 18,000 yang lain cedera, kata kementerian berkenaan.

Israel juga telah melancarkan tiga serangan besar ke atas wilayah dikepung itu sejak 2008, yang membunuh ribuan rakyat Gaza dan menghancurkan banyak infrastrukturnya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close