Berita UtamaPendapatUtama

Silibus akidah perlu ada topik liberalisme

Kena ada tindakan proaktif, jangan reaktif dengan puak liberal

BERIKUTAN isu jolokan puak songsang terlaknat dan liberal memberikan tajuk debat Debat Piala Tun Razak yang boleh bawa kepada kekufuran, maka sewajarnya kes-kes begini membuka mata kita.

Sudah sampai masanya mata pelajaran akidah di sekolah-sekolah memberi penjelasan mengenai liberalisme, pluralisme agama, sekularisme dan Syiah imamiah. Jika sekolah tidak boleh laksana, Majlis Agama Islam negeri-negeri kena bertindak.

Boleh diajar di luar waktu persekolahan, atau ketika kelas agama petang, itu pun sekiranya Dr Maszlee Malik gagal mendapat perkenan timbalannya, Teo Nie Ching.

Sampai bila nak terus begini jika asyik reaktif dengan provokasi puak liberal? Kita kena ada tindakan proaktif.

Masjid dan surau pula kena adakan ceramah mengenai fahaman sesat seperti dinyatakan di atas, mungkin setiap tahun seeloknya dua kali, paling kurang sekali. Wajib ada dalam takwim.

Buku-buku mengenai liberalisme, pluralisme agama, sekularisme yang mudah difahami oleh rakyat, perlu disebar luaskan, seperti buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor.

Mudahkan bahasa. Puak musuh sampai boleh buat komik untuk sebar fahaman komunis. Takkan kita tak boleh buat bahan bacaan yang mudah dihadam oleh rakyat kebanyakan mengenai bahaya liberalisme?

Belajar akidah tauhid, sifat 20 dan sebagainya kena diiringi serentak dengan belajar fahaman sesat ini, supaya pelajar boleh membezakan antara petunjuk Allah dan jalan sesat syaitan.

Kalau dulu, ulama susun sifat 20, salah satu faktor utamanya ialah untuk jawab kekeliruan ahli falsafah masa itu yang menggugat kemurnian akidah umat Islam.

Sekarang, silibus akidah tauhid perlu disusun sebegitu juga. Barulah akidah di dada pelajar akan hidup dan memberi kesan pada sahsiahnya, bukan sekadar dihafal untuk jawab kertas peperiksaan.

Jangan sekadar proaktif dalam bab perniagaan dan ekonomi dengan Kempen Beli Produk Muslim atau Kempen Buy Muslim First (BMF) saja, malah kita kena proaktif dalam pendidikan juga, tak perlu tunggu kerajaan, jangan mimpi Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa akan buat.

Orang proaktif akan sentiasa ke depan. Orang reaktif akan sentiasa jadi pengikut. Daripada proaktif menuju dominasi umat Islam di tanah air sendiri.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close