Berita UtamaUtama

RON97 naik 1 sen

RON95, diesel kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter

BANGI, 19 Safar 1441H, Jumaat – Harga runcit produk petroleum RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 19 Oktober sehingga 25 Oktober 2019.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Harga baharu tersebut akan dikuatkuasakan mulai 12 tengah malam ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.31 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya dalam siaran media, hari ini.

Kementerian itu berkata, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk berkenaan, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 19 Oktober 2019 sehingga 25 Oktober 2019 adalah berjumlah RM123.81 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close