Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan rakyat protes di Lubnan

Penunjuk perasaan tentang cara kerajaan tangani masalah ekonomi

BEIRUT, 19 Safar 1441H, Jumaat – Ribuan rakyat Lubnan berhimpun di ibu negara sebagai protes menentang pengurusan kerajaan menangani krisis ekonomi, sehingga memaksa pentadbiran menarik balik usul levi baharu yang dikenakan pada panggilan WhatsApp.

Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan berhampiran ibu pejabat kerajaan di Beirut. Difahamkan, tentangan itu didorong oleh keadaan ekonomi dan diburukkan lagi dengan krisis kewangan.

Lubnan menghadapi beban hutang, pertumbuhan tidak stabil, infrastruktur dan ketegangan dalam sistem kewangannya yang dikaitkan dengan aliran masuk modal yang berkurang. Nilai mata wang Lubnan, yang ditahan terhadap dolar selama dua dekad mengalami tekanan.

“Kami tidak berada di sini hanya kerana WhatsApp, kami berada di sini atas segala-galanya seperti bahan bakar, makanan, roti, dan sebagainya,” kata penunjuk perasaan di Beirut, Abdullah.

Sehingga awal pagi ini, ratusan penunjuk perasaan masih berkumpul di pusat bandar, Riad al-Solh dan sebahagian daripada mereka mengibarkan bendera Lubnan. Berhampiran kawasan berkenaan juga, puluhan penunggang motosikal mengelilingi jalan raya dan membakar tayar.

Kementerian Pendidikan mengumumkan sekolah ditutup pada hari ini selepas berlakunya protes.

Terdahulu, Kabinet memperkenalkan langkah penjanaan pendapatan baru, menyetujui caj 20 sen sehari untuk panggilan suara menerusi internet protokol (VOIP), yang digunakan oleh aplikasi termasuk Facebook dan WhatsApp.

Menteri Penerangan, Jamal al-Jarrah berkata, Kabinet akan membincangkan cadangan untuk menaikkan cukai sebanyak dua peratus pada 2021 dan dua peratus lagi pada 2022, sehingga mencapai 15 peratus.

Bagaimanapun selepas protes mula merebak di Lubnan, Menteri Telekomunikasi, Mohamed Choucair telah menghubungi penyiar Lubnan untuk memaklumkan bahawa levi yang diusulkan pada panggilan WhatsApp dibatalkan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close