Berita UtamaIstimewaUtama

Negara stabil tanpa DAP, PAN

Dominasi Melayu dalam PH tak kuat, menggusarkan banyak pihak

BANGI, 19 Safar 1441H, Jumaat – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menyambut baik idea – yang didakwa diketuai Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein – untuk mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, kerajaan baharu perlu dibentuk tanpa DAP dan PAN yang mana boleh membawa negara ini ke arah yang lebih stabil.

“Kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN idea yang bagus dan kita menyokong idea itu kerana keadaan negara yang huru-hara disebabkan oleh permainan politik DAP yang melampau terutama sekali dalam menghilangkan identiti negara,” katanya ketika dihubungi Buletin Pertiwi semalam.

Badhrulhisham menjelaskan, sekiranya idea kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN dilaksanakan, ianya tidak akan menjejaskan masalah dari segi politik kaum itu sendiri.

Katanya, kestabilan politik bergantung kepada sejauh mana kemampuan majoriti rakyat di Malaysia terutamanya orang Melayu dengan kerjasama bukan Melayu dalam memimpin negara.

“Sebenarnya sudah jelas sepanjang 62 tahun kita merdeka, rakyat dapat melihat kestabilan politik bergantung sejauh mana kemampuan majoriti rakyat di Malaysia dapat memimpin negara malah keadilan dapat dilaksanakan dengan penyertaan bukan Melayu.

“Saya rasa tidak ada masalah dan ini berlaku sebelum pemerintah PH lagi. Kita lihat dominasi orang Melayu dalam kerajaan PH ini tidak menjadi satu perkara yang kuat, maka negara dalam keadaan cukup menggusarkan banyak pihak, bukan sahaja dari segi politik malah ekonomi juga.

“Justeru, kepimpinan orang Melayu yang juga rakyat majoriti negara ini amat perlu dengan sokongan dan kerjasama bukan Melayu sekali gus akan menjadikan negara kukuh pada masa akan datang,” kata beliau.

Terdahulu, PH menerusi kenyataan mendakwa Hishammuddin menggerakkan pakatan mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN. Dakwaan itu dibuat susulan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin menafikan dakwaan itu dan menganggap berlaku keretakan dalam parti berkenaan sehingga cuba menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam.

Isma sokong idea kerajaan baharu tanpa DAP, PAN

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close