Berita UtamaUtama

Laman web UM digodam

Graduan biadab nafi terbabit godam pautan berbayar UM

BANGI, 19 Safar 1441H, Jumaat – Universiti Malaya (UM) berdepan satu lagi kontroversi apabila pautan berbayar di laman web rasminya menjadi sasaran penggodam tengah malam tadi.

Pautan berikut menunjukkan halaman yang memaparkan beberapa baris ayat oleh penggodam menerusi posting yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna media sosial, Twitter.

“Biar Mati Dari Hidup Melutut. I would rather die standing than live kneeling. If my words threaten those in power, so be it.

“If my pictures alarm the people, that is good. Your teeth come down, my sword goes up. #NoRasis #UndurVc #University of Malaya,” demikian potongan ayat yang ditulis oleh penggodam pada deskripsi laman web tersebut.

Pemeriksaan Ismaweb mendapati pautan itu tidak lagi memaparkan halaman yang digodam namun masih tidak boleh diakses.

Insiden penggodaman ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan protes oleh graduan universiti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, graduan berkenaan menafikan pembabitannya menggodam laman web e-bayaran universiti itu.

“Saya tak tahu langsung mengenai sains komputer, dan saya tidak arah sesiapa untuk melakukannya bagi pihak saya,” kata Wong Yan Ke seperti dilapor media tempatan.

Sebelum ini, Yan Ke melakukan protes dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya ketika berada di pentas majlis istiadat konvokesyen universiti itu.

Difahamkan dia berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu di Shah Alam 6 Oktober lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close