Berita Utama

JHEAINS cari waris, pindah kubur hampir 100 tahun

Pemindahan 23 buah kubur lama di Kampung Durian Tiga Batang

SEREMBAN, 19 Safar 1441H, Jumaat – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang mencari keluarga atau waris bagi menguruskan pemindahan 23 buah kubur lama di Kampung Durian Tiga Batang, Ampangan, di sini, ke Tanah Perkuburan Islam Senawang.

JHEAINS, dalam satu kenyataan hari ini, berkata tanah perkuburan di Kampung Durian Tiga Batang itu dianggarkan berusia lebih 30 hingga 100 tahun.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh menghubungi pihak Unit Pengurusan Masjid Dan Surau, Pejabat Agama Islam Daerah Seremban di talian 06-7673614 untuk sebarang maklumat lanjut.

Hari ini, tular di media sosial, surat Pejabat Agama Daerah Seremban bertarikh 15 Oktober yang memaklumkan pihaknya mencari waris kubur lama itu bagi urusan pemindahan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close