Berita UtamaUtama

Haramkan DAP!

LTTE: Parti rasis terbukti jadi sarang pengganas

BANGI, 19 Safar 1441H, Jumaat – Parti dominan dalam Kerajaan Malaysia, DAP perlu diharamkan kerana terbukti menjadi sarang pengganas, tegas Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Beliau berkata, individu yang disyaki terbabit dengan keganasan sudah mencapai hirarki tinggi dalam DAP, seperti Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, dan dalam kerajaan iaitu Exco Kerajaan Negeri Melaka.

“Adakah ideologi ekstrem yang mereka dukung serasi dengan ideologi DAP? Jika tidak, bagaimana mereka boleh menjadi calon DAP dan seterusnya memenangi pilihan raya?

“Gerakan keganasan dalam DAP hanya dapat dibanteras dengan mengharamkan DAP itu sendiri,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga EXCO kerajaan negeri Melaka, antara tujuh individu ditahan pihak polis selepas dipercayai terbabit dalam majlis memperingati perjuangan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Mereka ditahan kerana didakwa mempromosikan, menyokong dan memiliki bahan serta mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Sebelum ini dilaporkan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Ramesh Rao mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebenarnya mengetahui pergerakan LTTE dalam DAP.

Bagaimanapun beliau berkata, penasihat veteran dan Setiausaha Agung parti rasis itu tidak mengambil tindakan walaupun sudah mengetahui pergerakan LTTE yang bersarang di dalam parti.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, menurut satu berita yang disiarkan oleh Sinar Harian, pihak berkuasa Sri Lanka telah menemukan sejumlah besar alat letupan bersama senjata api di rumah anggota utama LTTE di Ambalamkulam, Sri Lanka dalam satu serbuan pada 11 Oktober.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close