Berita UtamaDuniaUtama

750 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

Rejim pengganas halang bila umat Islam mahu masuk Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Safar 1441H, Jumaat – Berterusan bertindak biadab, 750 pendatang haram Yahudi dibawah perlindungan rejim pengganas Israel menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, semalam.

Jurucakap Pusat Maklumat Palestin memberitahu, kumpulan pelampau berkenaan menyerbu masuk ke tapak suci melalui gerbang al-Magharibah – Barat menamakannya sebagai Moroccan Gate – dengan perlindungan ketat beberapa kumpulan askar rejim Israel dan pasukan polis khas.

Katanya, penceroboh cuba melakukan perbuatan yang dianggap provokasi oleh rakyat Palestin di halaman masjid, tetapi pelawat muslim dan pengawal masjid bertindak menentang mereka.

“Mereka tidak hormat Islam. Pendatang Yahudi bebas buat apa sahaja kononnya berasa selamat kerana dilindungi polis Israel,”
katanya.

Sebaliknya, rejim pengganas bertindak kasar dengan umat Islam yang mahu memasuki masjid al-Aqsa, apabila mengenakan sekatan jalan, memeriksa kad pengenalan, serta merampas beg rakyat Palestin.

Selasa lalu, sekurang-kurangnya 300 penceroboh Israel melakukan perkara sama mencerboh Masjid al-Aqsa untuk melakukan ritual.

Dilaporkan, Israel menggubal undang-undang baru dengan membenarkan lawatan oleh penduduk haram di masjid al-Aqsa sekali pada setiap tiga bulan, selepas diarahkan oleh Benjamin Netanyahu pada Julai tahun lalu.

Israel telah menduduki Baitulmaqdis – yang menempatkan al-Aqsa — ketika Peperangan Timur Tengah 1967.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close