Berita UtamaUtama

Tiada rakyat kita terbabit gempa

PUTRAJAYA, 18 Safar 1441H, Khamis – Kementerian Luar Malaysia sedang memantau perkembangan susulan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang berlaku di Tulunan Cotabato utara Filipina pada Rabu.

Menurut kenyataan itu memetik pihak berkuasa tempatan, empat orang terkorban setakat ini, manakala 20 lagi cedera, selain kerosakan ke atas beberapa bangunan dan kediaman.

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit.

“Kementerian bersimpati dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada mereka yang terjejas. Malaysia sentiasa bersama dengan Filipina pada saat-saat mencabar ini,” jelas kenyataan itu pada Rabu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close