Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan penduduk Kashmir masih ditahan tanpa bicara

Pakistan kecam tentera India tembak 3 orang awam termasuk 2 budak

KASHMIR, 18 Safar 1441H, Khamis – Ribuan orang awam termasuk kanak-kanak telah ditahan sejak Ogos lalu, selepas pemerintah New Delhi membatalkan hak autonomi daerah yang dipertikaikan itu, termasuk mengenakan pelbagai sekatan.

Dilaporkan, beberapa tahanan yang ditangkap oleh pasukan keselamatan India adalah termasuk kanak-kanak berumur lingkungan 9 tahun.

Mereka ditahan mengikut undang-undang kontroversi yang membolehkan pihak berkuasa menahan seseorang sehingga dua tahun tanpa didakwa atau dibicara.

Pasukan keselamatan mendakwa, punca tahanan disebabkan kanak-kanak terbabit membaling batu, melakukan rusuhan dan menyebabkan kerosakan kepada harta awam dan swasta.

Sementara itu, sesetengah keluarga menuduh kerajaan India melakukan penyeksaan dan penyalahgunaan kuasa sehingga menyebabkan rakyat Kashmir membunuh diri kerana terlalu tertekan.

Bagaimana, mereka takut untuk memberitahu media kerana bimbang dengan reaksi pihak berkuasa di Kashmir.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga orang awam, termasuk dua kanak-kanak, ditembak tentera India di wilayah Kashmir yang dipertikai, lapor kata kementerian luar Pakistan, semalam.

Jurucakap kementerian luar Pakistan, Mohammed Faisal mengutuk tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai pelanggaran gencatan senjata yang tidak dipersetujui.

5 Ogos lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi membatalkan hak autonomi Jammu dan Kashmir. Berikutan langkah itu, India mengerahkan tentera ke rantau berkenaan untuk mengawal protes yang dilakukan rakyat Kashmir.

Tindakan kontroversi itu menimbulkan kemarahan Pakistan, yang menguasai sebahagian Kashmir dan juga penduduk setempat. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close