Berita UtamaIstimewaUtama

‘Ramasamy jangan bertindak macam beruk’

Perangai DAP tak akan mengaku salah, selagi boleh pusing, mereka pusing

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, tidak profesional apabila mempertikai keputusan kerajaan mempertahan penggunaan SOSMA dalam penahanan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE). 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Ramesh Rao berkata, pemimpin DAP itu sepatutnya menghormati undang-undang negara dan tidak mempertikai tugas serta kredibiliti pihak polis.

“Tindakan Ramasamy tidak profesional. DAP ini bila libatkan mereka, mereka melompat. Sepatutnya hormatlah undang-undang negara, jangan cabar polis dan tuduh polis zalim. 

“Ramasamy jangan bertindak macam beruk. Kamu dah tahu kesalahan dalam parti DAP, mereka dah langgar undang-undang,” katanya dalam wawancara Kerusi Panas di TV Pertiwi, semalam.

Mengulas lanjut, Ramesh berkata, DAP mempunyai ‘perangai semula jadi’ dan telah pun dilatih untuk tidak mengaku bersalah.

“Mereka dilatih bila dah bersalah mereka kena lawan balik. Mereka terpaksa melawan balik seolah-olah pihak yang mendakwa mereka yang bersalah, ini perangai DAP. 

“Mereka tak pernah mengaku. Mereka akan pusing, mana mereka boleh pusing, mereka pusing,” katanya.

Sebelum ini, Ramasamy dilaporkan bertegas mendesak supaya polis berhenti menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), termasuk penangkapan dua ADUN parti tamak haloba, yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE, baru-baru ini.

Beliau turut menggesa kerajaan menghapuskan SOSMA, kononnya tidak selaras dengan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini yang berjanji mahu menghapuskan akta itu. 

“Sepatutnya sesiapa yang ditangkap itu perlu dibawa ke mahkamah dan didakwa atas apa-apa jenayah yang mungkin dilakukan mereka dan bukannya penahanan tanpa perbicaraan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close