Berita UtamaUtama

Peniaga akui kempen BMF bantu tingkatkan hasil pendapatan

'Ada peniaga beritahu dari RM 3,000, kini naik sebanyak RM 11,000'

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Kempen Beli Produk Muslim atau Kempen Buy Muslim First (BMF) mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat dan peniaga, khususnya dalam meningkatkan hasil jualan dan pendapatan ekonomi umat Islam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi Ismaweb berkata, pihaknya menerima respon dan komen yang sangat baik daripada peniaga dan pengguna, bahkan ramai yang meminta supaya kempen ini berterusan.

“Saya yakin kempen BMF sangat membantu peniaga Islam. Hasil pendapatan mereka daripada RM 3,000, kini telah meningkat naik sebanyak RM 11,000. Ini adalah pencapaian membanggakan.

“PPIM yakin BMF sangat positif dan boleh dijadikan budaya di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

Melalui tinjauan PPIM, Datuk Nadzim memberitahu, rata-rata peniaga mengakui hasil pendapatan dan jualan mereka meningkat sejak kempen BMF dilancarkan.

“PPIM harap perkara ini diterima baik oleh semua pihak termasuk kerajaan dan akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan matlamatnya mulia untuk membangunkan produk muslim

“Di pihak PPIM sendiri, kita sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah pertubuhan komuniti sokong pembayar zakat serta sebuah koperasi di masa akan datang. Pada masa sama, dapat membantu peniaga Islam serta golongan asnaf,” katanya.

Kempen BMF dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal), Abata, dan menjadi penggerak utama sejak April lalu.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close