Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Krisis makin teruk, Israel potong bekalan elektrik di Tebing Barat

Pihak Berkuasa Palestin didakwa masih berhutang kira-kira AS$127 juta

BAITULMAQDIS, 18 Safar 1441H, Khamis – Penduduk di Tebing Barat sekali lagi berdepan detik sukar angkara negara Yahudi, Israel kerana terpaksa menanggung masalah kekurangan bekalan elektrik.

Ia berikutan Syarikat elektrik Baitulmaqdis (JDECO) menerima amaran menjelang fasa kedua pemotongan perkhidmatan elektrik ke atas rakyat Palestin di wilayah itu, lapor agensi berita Wafa.

Pengerusinya Hisham Omari dalam satu kenyataan, berkata, pemotongan bekalan itu akan menjejaskan institusi pengajian, sekolah, hospital, telekomunikasi, tali air dan perkhidmatan penting lain seperti yang berlaku di Gaza.

Beliau berkata, syarikat elektrik Israel akan memotong perkhidmatan itu selama dua jam sehari dengan alasan kononnya Pihak Berkuasa Palestin masih berhutang kira-kira AS$127 juta.

Tindakan Israel menyebabkan penduduk di Tebing Barat yang sedia terjejas dengan kekurangan elektrik sebelum ini, akan bertambah terbeban.

Hisham berkata, Israel sebelum ini telah melakukan perkara sama pada September lalu dan mengancam untuk memotong bekalan elektrik di kawasan perkampungan Tebing Barat – sebagai tekanan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk melunaskan hutangnya.

Katanya, JDECO telah melabur dalam tenaga solar walaupun kekurangan dana dan dibebani jumlah hutang yang banyak. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close