Berita UtamaUtama

KPM tak pernah beri kebenaran edar komik propaganda DAP

Jabatan Pendidikan diarah pastikan sekolah tak terima, edar komik

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalur Meraih Manfaat Bersama’ di institusi pendidikan termasuk sekolah.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata, pihaknya telah menerima laporan edaran buku komik berkenaan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, KPM telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik itu daripada mana-mana pihak atau pembekal.

“KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku komik berkenaan membabitkan fakta dan orientasi penulisan.

“Pada masa sama, KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai aspek keselamatan yang membabitkan sensitivi masyarakat dan hubungan luar negara,” kata kenyataan itu.

Komik berkenaan dilaporkan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia, diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Komik itu diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Difahamkan, komik berkenaan menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan lama (Barisan Nasional).

Berdasarkan sekeping surat yang tular di media sosial, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah buku komik (versi bahasa Melayu) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

BERITA BERKAITAN:
https://www.ismaweb.net/2019/10/17/gesa-siasat-komik-sebar-propaganda-dap-komunis/

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close