Berita UtamaUtama

Graduan UM protes dapat sokongan parti ultra kiasu?

Mungkin mereka janjikan sesuatu, tak mustahil terus dapat kerja

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yakin tindakan graduan memprotes di majlis istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mendapat sokongan pihak tertentu.

“Sanggup menjerit ketika majlis istiadat minta Naib Canselor UM meletakkan jawatan. Diikuti kata-kata ‘ini tanah Malaysia’.

“Sedar pun ini tanah Malaysia atau Tanah Melayu. Justeru, berhati-hatilah bila bercakap. Kebebasan seperti ini tidak ada di negara komunis, kecuali di dalam negara tercinta ini.

“Saya yakin di belakang beliau adalah parti ultra kiasu. Jika tidak, mana mungkin beliau begitu berani,” katanya.

Terdahulu, graduan UM, Wong Yan Ke menjerit sambil memegang plakad tertera undur VC dan ini tanah Malaysia sebagai tanda protes sejurus selepas menerima skrol ijazah sarjana muda pada istiadat konvokesyen.

Difahamkan, graduan Kejuruteraan Awam itu berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Mengulas tindakan biadab graduan berkenaan, Ridhuan Tee berkata, pengaruh komunis sememangnya telah berjaya mempengaruhi universiti awam negara ini.

Bagaimanapun beliau hairan kerana kaum Cina sebelum ini amat menitik beratkan kepentingan akademik tanpa kompromi.

Katanya, kaum itu selalunya tidak akan berani membuat perkara sembarangan yang akan menjejaskan prestasi akademik.

“Persoalannya, kenapa pelajar ultra kiasu ini sanggup merisikokan diri dan begitu berani? Saya yakin, parti ultra kiasu sudah menjanjikan sesuatu untuk beliau. Tidak mustahil terus dapat kerja selepas ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close