Berita UtamaUtama

Graduan UM biadab, conteng arang ke muka sendiri: GAMIS

Kerajaan PH kena kaji semula dasar kebebasan bersuara, akademik

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Tindakan seorang graduan memprotes di majlis istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) baru-baru ini bukan sahaja biadab, malah umpama menconteng arang ke muka sendiri.

Timbalan Pengerusi 1 Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee berkata, graduan berkenaan sepatutnya boleh berfikir dengan lebih rasional dan waras dalam melakukan sesuatu tindakan.

“Kalau isu yang dia bawa ini betul dan layak diperjuangkan menjadi persoalan, kenapa tidak menggunakan cara yang lebih profesional? Mana taraf dia sebagai seorang graduan universiti nombor 1 Malaysia?

“Saya tidak cenderung melabel dia dengan apa-apa kefahaman yang cuba dibawa, tetapi  lebih cenderung untuk mempersoal kematangan dia dalam menyuarakan dan memperjuangkan isu,” katanya kepada Ismaweb, dalam satu kenyatan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan graduan UM, Wong Yan Ke yang sebelum ini menjerit sambil memegang plakad tertera undur VC (Naib Canselor) dan ini tanah Malaysia sebagai tanda protes, sejurus selepas menerima skrol ijazah sarjana muda pada istiadat konvokesyen.

Difahamkan, graduan Kejuruteraan Awam itu berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Zofrie menyeru kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) supaya mengkaji semula dasar pendidikan yang digubal, iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan akademik.

Beliau berkata, dasar berkenaan perlu difahami dengan sebaiknya sebelum terjadi perkara yang kurang bijak sehingga mengundang masalah.

“Hakikatnya, jika dasar ini dimanfaatkan, kita akan dapat merangsang prestasi kemajuan negara menjadi jauh lebih baik,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close