Berita UtamaUtama

Ada gerakan palsukan fakta sejarah sebar komik provokatif

iGuru bimbang penerbitan komik tidak ikut SOP yang ditetapkan

BANGI, 18 Safar 1441H, Khamis – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat pengedaran sebuah komik yang diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di KOMTAR.

Komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ itu difahamkan menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan lama (Barisan Nasional).

Berdasarkan sekeping surat yang tular di media sosial, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong memberitahu, komik itu diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Melayu.

                                

Raymond berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah buku komik (versi bahasa Melayu) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Susulan itu, Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan menggesa supaya pihak KPM mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit kerana dikhuatiri pengedaran bahan-bahan tersebut tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

                                 

“iGuru juga memohon pihak KPM supaya melihat kandungan isi komik tersebut yang dibimbangi memalsukan fakta sejarah sebagaimana yang didakwa dan segera menghentikan edaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

                              

Mohd Azizee berkata, iGuru tidak menolak penggunaan buku-buku komik sebagai bahan PdPc.

Namun, tegasnya, ia perlu mengikut prosedur dan tidak menimbulkan hal-hal sensitif dan provokatif

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close