Berita UtamaDuniaUtama

35 maut nahas bas di Madinah

Bas membawa penumpang berlanggar dengan kenderaan berat

MADINAH, 18 Safar 1441H, Khamis – 35 orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas di Madinah, Arab Saudi, kata Reuters memetik jurucakap polis wilayah itu.

Kemalangan berlaku selepas sebuah bas yang membawa 39 penumpang, termasuk penumpang warga Asia dan Arab, terbakar apabila berlanggar dengan kenderaan berat di pusat al-Akhal pada malam Rabu.

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Al-Hamna untuk mendapatkan rawatan. 

SPA melaporkan, mereka yang turut berada di dalam bas adalah ekspatriat di Kerajaan Arab Saudi.

Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi dan perkhidmatan kecemasan lain juga berada di tempat kejadian untuk memberi bantuan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca insiden berkenaan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close