Berita UtamaUtama

Ringgit dibuka rendah

Mata wang kita disebut harga pada 4.1920/1950 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Safar 1441H, Rabu – Ringgit rendah berbanding dolar US semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan kurang permintaan terhadap mata wang tempatan dalam sentimen pasaran berhati-hati, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1920/1950 berbanding dolar US daripada 4.1890/1920 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga itu berkata, berita terkini mengenai Brexit telah meningkatkan minat terhadap dolar berikutan keyakinan semakin pudar terhadap perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang telah mendorong pelabur untuk membeli dolar US.

“Kami menjangkakan permintaan pelabur terhadap dolar US akan meningkat berikutan keputusan Presiden AS Donald Trump untuk menangguhkan kenaikan harga tarif akan datang terhadap import dari China, dengan itu akan menyebabkan ringgit lebih rendah dalam jangka pendek,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0589 daripada 3.0559/0585 dan naik berbanding yen kepada 3.8568/8607 daripada 3.8680/8714.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3427/3474 daripada 5.2962/2020 dan turun berbanding euro kepada 4.6229/6271 daripada 4.6129/6175.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close