Berita Utama

PBB setuju rujuk penjajahan Israel ke ICJ

Mohon nasihat undang-undang berkait keganasan Zionis

RAMALLAH, 17 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) menerima draf resolusi Palestin untuk meminta nasihat undang-undang daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung penjajahan Israel di negara Palestin, termasuk Baitulmaqdis.

Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat, Riyad Al-Maliki memuji sokongan negara anggota PBB yang menyokong resolusi mengenai amalan dan aktiviti penempatan haram yang menjejaskan hak rakyat Palestin.

Beliau berkata, 98 negara mengundi menyokong resolusi itu, 52 negara berkecuali dan 17 lagi menentang.

Resolusi berkenaan berkaitan kesan undang-undang akibat daripada pelanggaran berterusan Israel terhadap menentukan nasib sendiri rakyat Palestin melalui penjajahannya, rejim apartheid dan pengasingan kaum.

Riyad menggariskan permohonan negara Palestin daripada ICJ untuk menjawab soalan mengenai sifat dan bentuk pendudukan haram jangka panjang serta jenayahnya.

Ia termasuk keperluan mentakrifkan tanggungjawab dan tugas Israel, kuasa menjajah masyarakat antarabangsa secara keseluruhan serta pihak ketiga.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada negara anggota yang menerima dan menaja resolusi, termasuk mereka yang menyokong dan terbabit menyumbang kepada pencapaian bersejarah itu.

Riyad turut menggesa negara yang tidak menyokong resolusi itu untuk menghormati peraturan serta undang-undang antarabangsa dan tidak berada di sisi salam dalam sejarah.

Beliau menganggap resolusi itu sebagai kemenangan diplomatik dan undang-undang yang dicapai hasil kerja keras diplomasi Palestin di luar negara melalui Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat serta semua misinya di seluruh dunia.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button